Memaparkan catatan dengan label Dikir Barat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dikir Barat. Papar semua catatan

Selasa, 14 Ogos 2012

Dikir Barat

Dikir Barat merupakan ensembel Tradisional yang terkenal di negeri Kelantan.

(a) Apakah Tektur Muzik Dikir Barat?

  • Beng dan Matusky, menyatakan muzik Dikir Barat dihasilkan terdiri pelbagai beberapa bahagian rentak dan melodi dalam masa yang sama dipanggil muzik polifonik (atau tekstur polifoni). 
  • tidak boleh diertikan dengan Dikir Barat sekiranya dimasukkan alat-alat muzik lain selain daripada instrumen-instrumen.
  • Contoh-contoh Instrumen
>rebana Ibu (selalu disalah ertikan dengan gendang Ibu, atau Gedak Ibu
>rebana Anak (selalu disalah ertikan dengan gendang Anak atau Gedak Anak)
>gong (tetawak) – dipalu pada setiap 4 bit
>canang – alat gong ‘Chime’ – terdiri daripada gong kecil berbusut
>marakas atau Rhomba
>kesi atau Cing (alat tambahan dan tidak wajib)

(b) Nyatakan Peranan Tukang Karut
>Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada Tukang Karut, Juara dan beberapa
orang awak-awak, selalunya 15 hingga 30 orang.
>merupakan orang yang paling penting dalam pasukan Dikir Barat.
>Tukang Karut berperanan sebagai ketua.
>Contohnya, Tukang Karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas
pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar.
> Tukang Karut juga berperanan untuk menghasilkan pantun dan syair secara spontan.
>Tukang Karut haruslah mempunyai bakat yang semula jadi dalam bidang penciptaan.
>Tugas Tukan Karut ialah berpantun dan bersyair.
>Pantun-pantun dan syair itu akan didendangkan secara spontan mengikut seleranya.
>Tukang Karut berperanan sebagai penghibur.
>Tukang Karut haruslah boleh berinteraksi dengan penonton menerusi gelagatnya.
>Tukang Karut yang bijak memberikan persembahan yang mempunyai unsur-unsur kecindan
akan dapat menarik perhatian penonton.

(c) Jelaskan Secara Ringkas Sejarah Tentang Asal-Usul Dikir Barat.
•Terdapat pendapat-pendapat mengatakan bahawa Dikir Barat ini adalah berasal daripada dari Selatan Siam.
•Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan “Barat” yang terdapat dalam istilah “Dikir Barat” tersebut adalah membawa makna Selatan Siam.
•Menurut pendapat lain pula, ada yang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu.
•Pendapat ini dikemukakan sedemikian kerana pengasasnya iaitu, Husain Mok Nab Lombong merupakan penduduk asal tempat tersebut.
•Ada juga mengatakan bahawa sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat tersebut, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti REBANA BESAR.
•Ada juga mengatakan bahawa budaya tradisional Dikir Barat ini berasal dari Ciptaan Pak Leh Tapang.
•Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad telah mengakui sendiri bahawa yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam.
•Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya dan menjadikan Dikir Barat.
•Ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir sahaja iaitu tanpa pantun.
•Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun.
•Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya.
•Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam).
•Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula
yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.
•Daripada gubahan yang telah dilakukan oleh Pak Leh Tapang, membuatkan lahirnya pendapat yang mengatakan bahawa Dikir Barat adalah berasal dari ciptaan Pak Leh Tapang.