Falsafah
Pendidikan Guru
“
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.”
Visi BPG
Sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia
dari segi kualiti yang dapat memenuhi aspirasi negara Malaysia .
Misi BPG
Melaksana sistem pendidikan guru yang
bertaraf dunia untuk memastikan guru-guru sentiasa berketrampilan bagi memenuhi
aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia .
Matlamat BPG
- Melahirkan
guru permulaan untuk memenuhi keperluan Kementerian
Pelajaran Malaysia
- Menyediakan
program pembangunan profesionalisme yang berterusan untuk guru-guru terlatih
- Membina
insan guru yang berakhlak mulia, kreatif, ikram dan berdaya tahan yang
boleh mendidik dengan cekap dan berkesan
- Mengembangkan
institut pendidikan guru sebagai
pusat rujukan dalam bidang keguruan
Dasar Kualiti BPG
Dasar kualiti BPG ialah:
Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Keguruan(PPK) secara profesional, cekap
dan berkesan untuk menghasilkan guru yang berketrampilan selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Guru, Visi dan Misi BPG serta Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Objektif Operasi IPG
Objektif Operasi IPG ialah memastikan:
- Semua pelajar baru memenuhi syarat yang ditetapkan
semasa proses pendaftaran;
- Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor
min 3.50 terhadap Proses Pendaftaran yang dijalankan;
- Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor
min 3.50 terhadap Program Pengurusan Pelajar Baru yang dilaksanakan;
- Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor
min 3.50 terhadap Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran;
- Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor
min 3.50 terhadap Aktiviti GERKO;
- Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor
min 3.50 terhadap Pelaksanaan Praktikum;
- Pelajar berpuas hati sekurang-kurangnya pada skor
min 3.50 terhadap Bimbingan Dalam Tutorial Peribadi;
- Sekurang-kurangnya 99.5% pelajar yang menduduki
peperiksaan lulus;
- Semua aduan pelanggan diambil tindakan dalam tempoh
tujuh hari bekerja selepas aduan diterima; dan
- Elaun pelajar bulan berkenaan dibayar dalam tempoh
10 hari bekerja bulan tersebut dengan syarat peruntukan diterima daripada
BPG kecuali bulan Januari.
Piagam Pelanggan
BPG
Kami warga BPG dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji
menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:
³ menyediakan unjuran pengambilan guru praperkhidmatan bagi memenuhi
keperluan sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran
Malaysia selewat-lewatnya tiga bulan sebelum tarikh iklan;
³ memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama
setiap semester selaras dengan perancangan yang telah disediakan;
³ memaklumkan keputusan peperiksaan akhir kursus perguruan tujuh hari bekerja
selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru;
³ menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia/Diploma Pendidikan kepada
lulusan dalam tempoh satu tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan;
³ menyerahkan senarai nama pelajar semester akhir ke Jabatan dan Bahagian
yang berkaitan untuk tujuan penempatan ke sekolah tiga bulan sebelum mereka
menamatkan kursus; dan
³ menyediakan guru permulaan yang
v berkemahiran mengajarkan bidang pengkhususan masing-masing;
v berkebolehan mengurus kokurikulum yang dipertanggungjawabkan;
v mematuhi Etika Profesionalisme Keguruan.
Budaya IPG
Budaya
IPG adalah suatu jenama untuk membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan
tujuh dimensi budaya berikut:
³ Budaya Ilmu
v Pembelajaran sepanjang hayat
v Berilmu pengetahuan luas, mendalam dan terkini (syumul)
v Menguasai, mengamal, menghayati, dan berkongsi ilmu
v Menjana, mencetus, mengembang dan menyumbang ilmu
v Mengamalkan penyelidikan.
³ Budaya Kepimpinan
v Kebolehan membuat keputusan
v Pemikiran reflektif
v Menghayati Visi dan Misi IPG serta aspirasi negara
v Mempunyai idea-idea yang bernas
v Bermotivasi tinggi untuk menggerakkan perubahan
v Berupaya menyelesaikan masalah
v Menjalin kejelekitan di antara warga IPG
v Membimbing warga IPG ke arah pengurusan kendiri yang berkesan
v Menjadikan pembelajaran sebagai keutamaan
v Menetapkan ekspektasi dan pencapaian yang tinggi
v Mengorientasikan kurikulum dengan piawai pencapaian
v Mewujudkan komuniti belajar sepanjang hayat
v Menyediakan pelbagai cara untuk mentafsir dan menilai pembelajaran
v Menyediakan sumber dan sistem untuk membantu dan menyokong pembelajaran
v Kesetiaan kepada organisasi.
³ Budaya Kerja Profesional
v Mendokong Visi dan Misi organisasi
v Meletakkan kerja sebagai amanah dan ibadah
v Bersikap proaktif, kritis, kreatif, dan inovatif
v Optimis dan komited dalam pekerjaan
v Mementingkan kualiti dan menepati piawaian yang ditentukan
v Kepuasan pelanggan sebagai sasaran utama kerja
v Menepati masa, cekap, tepat, dan mematuhi prosedur
v Menitikberatkan kerja sepasukan dalam menjayakan aktiviti organisasi.
³ Budaya Akhlak dan Moral
v Sentiasa bersyukur
v Merendah diri (tawadhuk)
v Redha dengan Qada dan Qadar
v Taqwa
v Ikhtiar dan Doa
v Mematuhi etika.
³ Budaya Penyayang
v Keprihatinan dengan makhluk
v Sayang akan diri, keluarga, dan masyarakat
v Sayang akan profesion
v Sayang akan warga dan organisasi
v Sayang akan alam sekitar
v Sayang akan negara.
³ Budaya Hidup Sihat
v Kesihatan dan kecergasan fizikal
v Kematangan emosi
v Ketenangan rohani dan bertaqwa
v Keterbukaan minda, positif, matang, dan rasional
v Persekitaran mesra.
³ Budaya Estetika
v Kehalusan budi
v Keunggulan peribadi
v Kesempurnaan kerja
v Kecantikan dan keindahan seni dan karya
v Keindahan kebudayaan dan bangsa
v Keindahan persekitaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan