Khamis, 3 April 2014

Kaunseling Kelompok

1.         PENGENALAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK
Persekitaran dan budaya banyak mempengaruhi corak kehidupan dalam sesuatu kelompok. Pada asasnya kelompok membawa maksud ahli-ahli yang berada dalam kumpulan kecil atau individu-individu yang dihimpun dalam satu kumpulan. Menurut Rogers (1967), kaunseling kelompok adalah merujuk kepada orientasi masalah dan proses memulihkan seseorang mengikut kehendak ramai atau keputusan secara umum.  Kaunseling ini sangat sesuai dengan individu yang mengalami kesukaran, rasa tidak puas hati atau masalah yang sedang bergumul dalam tingkah laku mereka. Selain itu, Gibson dan Mitchell (1981) turut menyatakan bahawa kauseling kelompok membawa makna  satu proses dalam membantu klien menyesuaikan diri dengan perkara-perkara seharian yang berkaitan perkembangan dan bagaimana memperbaiki perkembangan itu. Pembaikan ini meliputi aspek tingkah laku, hubungan peribadi, mengambil perhatian berkaitan hal-hal jantina, nilai, sikap serta cara memilih kerja dan kemahiran yang dibina.
Bimbingan kelompok ini lebih mementingkan persetujuan yang major, oleh demikian itu, ada juga individu yang berani menyuarakan ideanya dan dipersetujui semua orang dalam kumpulan. Individu-individu dalam kumpulan kelompok ini lebih mempercayai rakan-rakannya daripada kaunselor. Hal ini kerana terdapat ada wujudnya jalian perhubungan yang baik di antara mereka. Pelaksanaan bimbingan kelompok di peringkat sekolah rendah memerlukan fikiran yang matang dalam menjana idea. Pemilihan umur dalam lingkungan antara 10 hingga 12 tahun ini sudah dapat dikira sudah matang. Mereka boleh dianggap mampu memhami perasaan orang lain berdasarkan apa yang telah dilalui atau komunikasi di antara rakan serta masyarakat sekeliling. Murid-murid ini akan lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
Kebaikan yang didapati dalam bimbingan kelompok terhadap murid ialah memberi kekuatan dan bersifat lebih terbuka serta lebih kuat dan berkeyakinan, menolong memahami diri sendiri sebagai individu dan memperkembangkan tahap kesedaran emosi. Selain itu, kebaikan bimbingan kelompok ini juga dapat mengatasi manfaat yang diperolehi semasa sesi kaunseling individu seperti murid-murid dapat mendengar dan belajar daripada pengalaman dan idea rakan-rakan sebaya. Secara tidak langsung akan mewujudkan komitmen dan semangat kekitaan terhadap kumpulan hasil perkongsian pengalaman, masalah dan idea-idea yang hampir sama. Seterusnya, memberi manfaat kepada murid membantu diri dan rakan sebaya dengan pembinaan hubungan dalam kumpulan. Membentuk kefahaman mengenai individu-individu lain dalam kumpulan dan memahami serta membantu diri sendiri. Hal ini dilakukan melalui proses memberi dan menerima maklum balas juga merupakan faedah yang diperolehi hasil dari sesi bimbingan kelompok.

1.1       Konsep dan Jenis Kelompok
Konsep
Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan dan berkesan bagi kaunselor terlatih dalam proses membantu klien dalam menyelesaikan masalah. Pendekatan ini dikhususkan bagi golongan individu biasa yang menghadapi masalah yang sama dalam satu masa, dan isu permasalahan yang dihadapi berbentuk permasalahan yang normal.
Kaunseling kelompok juga dinamakan sebagai suatu hubungan antara seorang individu dengan individu lain dalam satu kelompok yang menfokuskan aspek permasalah yang sama dalam konteks tingkahlaku dan terdapat penglibatan fungsi- fungsi terapi atau pemulihan. Pemilihan ahli-ahlinya adalah berbentuk sukarela. Rogers (1970), mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan dalam usaha merasionalkan seseorang mengikut kehendak ramai. Hal ini jelas menyokong penglibatan fungsi-fungsi terapi dalam proses kaunseling kelompok.  
Matlamat
Dalam kelompok ia mempunyai matlamat tertentu. Secara umumnya tujuan atau matlamat kaunseling kelompok adalah untuk memperbaiki sikap serta perlakuan klien yang tidak berkesan atau yang tidak mendatangkan faedah. Corey (1995) berpendapat kaunseling kelompok mempunyai tujuan untuk pencegahan dan pemulihan. Hansen (1976) menjelaskan tujuan mencegah adalah supaya klien dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi serius manakala tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah yang serius dan kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk mengubah tingkahlaku. Corey (1995) berpendapat adalah baik sekiranya setiap ahli kelompok dapat membuat matlamat khusus dalam kelompok. Beberapa matlamat umum yang dikongsi bersama ahli kelompok ialah :
1.    Belajar mempercayai diri sendiri dan orang lain
2.    Memperoleh pengetahuan tentang diri sendiri dan membentuk keunikan identity diri.
3.    Mengenalpasti kesamaan tentang keperluan dan masalah ahli dengan itu berusaha mewujudkan perasaan kesejagatan
4.    Meningkatkan penerimaan, keyakinan dan hormat diri supaya dapat melihat diri dari perspektif yang baru.
5.    Mencari alternatif dalam menangani isu perkembangan dalam hidup dan mengatasi konflik tertentu.
6.    Meningkatkan arah diri, outonomi dan bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain.
7.     Menyedari hak membuat pilihan secara bijaksana.\

1.2       Jenis Kaunseing kelompok
Kaunseling kelompok boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Jenis kaunseling kelompok ini terbahagi kepada tiga kaunseling kelompok iaitu bimbingan, psikoterapi dan kaunseling.
Kelompok Psikoterapi adalah merupakan satu pendekatan kaunseling yang bersifat merawat dan memulihkan. Kaunseling psikoterapi menyediakan pengalaman-pengalaman yang mendalam bagi individu yang menghadapi masalah penyesuaian diri, emosi dalam masalah-masalah perkembangan diri yang tenat dan memerlukan pembinaan kembali personaliti. Kebiasaannya, di sekolah rendah tidak membuat kaunseling psikoterapi kerana ia melibatkan professional terlatih dalam pelbagai bidang perubatan dan kesihatan mental. Contoh ahli kelompok terapi ialah individu yang teraniaya dari segi fizikal, seksual atau mental tidak tahu membina perhubungan dengan orang lain secara sihat atau berkelakuan murung dan suka mengasingkan diri.
Kelompok bimbingan pula ianya lebih berkisar kepada menyampaikan maklumat dan tidak melibatkan penerokaan yang mendalam. Kelompok bimbingan kebiasaannya banyak dijalankan di sekolah-sekolah dalam proses membimbing para pelajar. Thompson & Poppen (1979) menyatakan fokus dan kandungan kelompok bimbingan di sekolah adalah perkembangan konsep kendiri, disiplin kendiri pelajar, hubungan rakan sebaya, hubungan interpersonal dengan individu lain, kemahiran belajar, perkembangan kerjaya dan mengembangkan suasana perkembangan yang efektif. Tujuannya boleh berbentuk pendidikan, vokasional, peribadi dan kerjaya dengan tujuan memberi maklumat yang tepat supaya ahli dapat membuat perancangan dan keputusan yang wajar.
Kelompok kaunseling dilihat sebagai proses penyesuaian diri dengan menggunakan pengalaman-pengalaman dalam kelompok sebagai penggalak perkembagan diri ahli. Kelompok ini lebih berorientasikan masalah ataupun penyelesaian masalah, bersifat memulihkan dan mampu menghalang masalah yang bakal berlaku. Menurut Zuraidah (1989), kaunseling kelompok ialah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi pertolongan yang berkesan kepada individu yang normal yang menghadapi masalah-masalah seharian yang biasa dalam satu jangka waktu yang sama. Fokus utama kaunseling kelompok adalah membantu individu menerokai dan mengkonfrantasi ketidakpuasan yang dilalui oleh mereka. Ahli-ahli yang mengalami masalah akan dibantu mencari jalan dan melaksanakan strategi bagi menyelesaikan masalah tersebut. Pemimpin kelompok harus cuba menyediakan suasana yang teraputik bagi memberi keselesaan, rasa selamat dan penuh kepercayaan bagi membolehkan setiap individu menilai diri-sendiri, meningkatkan perkembangan diri dan dapat berhubung dengan orang lain dengan lebih berkesan.
2.         KEPIMPINAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK
Dalam sesi kaunseling kelompok, kaunselor merupakan pemimpin kelompok kerana peranannya semasa mengendalikan kelompok. Kaunselor bertindak sebagai pemimpin yang memimpin dan memantau perjalanan kelompok supaya ia mencapai matlamat yang dibentuk oleh pemimpin dan ahli-ahli kelompok itu sendiri.
Gaya kepimpinan pemimpin banyak bergantung kepada teori yang diguna pakai oleh pemimpin dan juga personaliti pemimpin sendiri. Gaya kepimpinan yang berlainan mempunyai kebaikan, keburukan dan kesan yang berbeza kepada dinamik sesebuah kelompok. Selalunya, ketua kelompok menggunakan kepimpinan demokratik berbanding authoritarian atau laissez faire.
Gaya kepimpinan dapat diubah daripada semasa ke semasa bergantung kepada keadaan kelompok dan keperluan semasa sesi berjalan. Misalnya, sekiranya dinamik kelompok dapat digerakkan tanpa banyak intervensi daripada pemimpin, gaya kepimpinan demokratik atau laissez faire adalah lebih sesuai berbanding dengan gaya kepimpinan authoritarian. Sementara itu, kelompok yang bersikap pasif dan memerlukan penglibatan pemimpin secara optimum dapat digerakkan dengan merancang aktiviti tertentu dan menggunakan kepimpinan authoritarian.
Ketua yang mempunyai gaya authoritarian menganggap diri mereka sebagai pakar yang mampu menggerakkan sesi dengan melaksanakan aktiviti yang ditetapkan ( Ida Hartini Ahmad Tharbe, 2006). Mereka percaya bahawa mereka memahami dinamik kelompok dan mengintepretasikan, memberi nasihat dan secara langsung mengarah pergerakan kelompok. Kelompok yang melaksanakan gaya kepimpinan ini juga dikenali sebagai kelompok bertumpukan pemimpin. Dalam gaya kepimpinan ini interaksi hanya bercorak sehala. Tumpuan ahli adalah kepada pemimpin iaitu pemimpin menentukan siapa yang diberi peluang berkomunikasi serta perkara yang boleh dibincang dalam sesi itu. Interaksi antara ahli adalah terhad dan Cuma dilaksanakan dengan pengesahan pemimpin. Gaya kepimpinan ini berkesan sekiranya kelompok memerlukan arah dan struktur yang jelas. Kelompok yang pasif memerlukan pemimpin yang berkarisma dan mampu mengarah dengan baik. Namun begitu, kepimpinan authoritarian menyebabkan ahli berasa kurang bebas bagi menyuarakan pendapat dan menyebabkan ahli berasa kurang bebas bagi menyuarakan pendapat dan menyebabkan mereka sentiasa menunggu arahan bertindak daripada pemimpin.
Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik ini lebih berpusat kepada kelompok. Pemimpin bertindak sebagai fasilitator yang membantu perjalanan sesi supaya ia lebih terarah. Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan ini tidak bertindak sebagai pengarah sebaliknya bekerjasam dan berkongsi pendapat dengan ahli lain sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan perjalanan kelompok. Ahli biasanya diberi peluang menyumbang idea bagi membantu keberkesanan sesi. Misalnya ahli berasa dihargai dan seronok dalam kelompok ini kerana mereka dapat menyumbang pendapat dan kreativiti masing-masing. Kepimpinan demokrasi mengamalkan interaksi dua hala antara pemimpin dan ahlu. Kebaikan gaya kepimpinan ini ialah segi beban tugas semasa kaunseling kelompok sedang berjalan. Pemimpin selesa berkongsi kuasa dan tanggungjawab dengan ahli dan ini mejadikan ahli lebih terbuka berkongsi pendapat dan pengalaman dalam sesi. Namun begitu, pemimpin masih perlu memastikan sesi tidak didominasi oleh mana-mana ahli. Keputusan yang diambil masih perlu dibincangkan bersama supaya memenuhi kehendak semua pihak. Walau bagaimanapun, gaya kepimpinan demokrasi mungkin menyebabkan kelompok menjadi kurang berstruktur dan mengambil lebih masa bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.
Ketua kelompok jenis laissez faire ini sebenarnya tidak memilik sebarang daya kepimpinan. Mereka hanya pemimpin pada nama sahaja. Penglibatan mereka dalam sesi adalah sebagai ahli dan bukannya sebagai pemimpin seperti yang diingini. Pemimpin gagal membekalkan struktur dan arah yang diperluakan bagi memastikan keberkesanan sesi kelompok. Pemimpin memberi sepenuh kuasa kepada ahli bagi mengawal dan mengarahkan kelompok. Akibatnya, ahli-ahli kelompok mungkin keliru dengan matlamat yang perlu mereka capai dalam kelompok. Ahli bertanggungjawan merancang, mengendali, menjalankan aktiviti dan mengambil keputusan tanpa bantuan pemimpin. Pemimpin hanyalah pemerhati yang tidak menjalankan sebarang fungsi. Memandangkan kelompok laissez faire adalah tidak berstruktur, maka corak interaksinya juga kurang terarah. Kemungkinan beberapa ahli tidak mendapat peluang langsung bagi interaksi. Pemimpin hanya berinteraksi dengan beberapa orang sahaja dalam kelompok dan mengharapkan komunikasi selebihnya berjalan di kalangan ahli sahaja. Secara amnya komunikasi dalam kelompok laissez faire bukan komunikasi yang berkesan.
Kesimpulannya, ini tidak bermakna gaya kepimpinan kelompok tidak boleh digabungkan oleh pemimpin kelompok dalam satu-satu sesi. Kepelbagaian gaya kepimpinan dapat mengurangkan kesan negatif yang biasanya berlaku akibat penggunaan satu gaya kepimpinan sahaja. Ada keadaan yang tertentu memerlukan gaya kepimpinan yang tertentu. Oleh itu, gaya kepimpinan boleh diubah mengikut keadaan.

3.         PEMILIHAN AHLI KELOMPOK
Proses pemilihan perlu dijalankan dalam dua hala, iaitu kaunselor memberi peluang kepada individu yang berminat untuk bertanya dan membuat keputusan sama ada hendak menjadi ahli atau tidak dan pada masa yang sama, kaunselor bertanya soalan-soalan yang boleh menolongnya. Kaunselor juga menentukan jenis individu yang diIngini untuk menjadi ahli kelompok dan bergantung kepada objektif kelompok itu. Mungkin ahli boleh terdiri daripada berbagai-bagai latar belakang, minat yang sama, umur sebaya, permasalahan yang sama, latar belakang dan bilangan ahli. Dalam kelompok tersebut perlu ada pertumbuhan isu perbincangan akan berfokus kepada perhubungan dan ahlinya bolehlah terdiri dari 7 hingga 12 orang mengikut jenis ahli dan umur. Antara aspek yang perlu mengambil kira semasa proses pemilihan ahli kelompok adalah minat, umur, permasalahan, latarbelakang, dan juga bilangan ahli.
Kaunselor harus mencari ahli kelompok yang minat datang untuk kaunseling kelompok. Hal ini kerana minat yang berbeza akan susah mencapai matlamat proses kaunseling. Sesi kaunseling akan tidak menjadi rasa bosan dan tidak selesa. Ahli kelompok yang sama minat akan mudah memberi kerjasama.
Umur yang sama mengikut peringkat umur kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Setiap peringkat umur ini memerlukan gaya kepimpinan yang berbeza. Cara berfikir bagi setiap peringkat adalah berbeza. Oleh demikian, pemilihan jarak umur hendaklah dititikberatkan. Ini akan mewujudkan jurang umur dalam sesi kaunseling.
Permasalahan dalam ahli kelompok juga perlu ada dalam pemilihan ahli semasa membentuk kaunseling kelompok. Pemilihan permasalahan yang sama dalam ahli kelompok akan memudahkan sesi kaunseling dijalankan. Objektif dan matlamat kauseling dapat ditetapkan serta penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi adalah lebih mudah.
Latar belakang merupakan satu aspek yang serius dalam pemilihan ahli kelompok begitu juga aspek yang lain, aspek latar belakang juga penting dalam memberikan keberkesanan dalam perjalanan sesi kaunseling kelompok dijalankan. Latar belakang ahli kelompok dari segi kedudukan ekonomi merupakan aspek yang boleh diperhatikan. Aspek ekonomi ada yang kaya dan yang miskin harus diberi perhatian dalam latar belakang mereka. Hal ini kerana sekiranya dua kelompok ini berada dalam satu kelompok kaunseling, maka proses tersebut akan menjadi sukar untuk dijalankan. Kemungkinan golongan yang miskin akan berasa malu dan tidak memberikan komitmen dalam sesi tersebut. Begtu juga halnya bagi golongan yang berpendidikan tinggi dengan mereka yang mempunyai pendidikan yang rendah. Sekiranya hal ini berlaku, maka proses kaunseling kelompok akan sukar untuk berkembang dan matlamatnya akan sukar untuk dicapai.
Bilangan ahli dalam kelompok juga turut meberikan kesan terhadap keberkesanan sesi kaunseling. Selepas menentukan objektif kelompok, seterusnya ialah menentukan berapa ahli yang akan terlibat dalam kelompok tersebut. Nekrung (2007) menjelaskan saiz kelompok selalunya bergantung kepada tujuan dan jenis kelompok. Kelompok kelompok bantu diri dan psikopendidikan mempunyai jumlah ahli yang besar. Saiz yang sesuai untuk kelompok kaunseling dan terapi sekitar 5 hingga 15 orang.

4.         KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN
Menurut kamus Collins, memudahcara sebagai ‘menjadi mudah’ manakal Choong (2010) mentakrifkan dalam kaunseling kelompok, peranan kaunselor sebagai pemudahcara bermaksud bahawa beliau akan melaksanakan fungsi dan aktiviti-aktiviti tertentu pada tiga peringkat sesi iaitu sebelum, semasa dan selepas. Kaunselor berperanan sebagai pemudahcara kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai dan keupayaannya. Kemahiran pemudahcaraan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran personhood dan kemahiran teknikal. Contoh kemahiran personhood ialah kepercayaan, penerimaan,kecindan, karisma dan sebagainya manakala contoh kemahiran teknikal ialah menyoal, refleksi, konfrantasi dan lain-lain.
Kaunselor yang memiliki ciri-ciri boleh menyimpan rahsia klien boleh menimbulkan kepercayaan dalam kalangan ahli kelompok. Kaunselor biasanya merujuk kepada seseorang pakar yang berpengetahuan dalam bidang kaunseling dan boleh dipercayai. Justeru, kaunselor yang berkesan dan berpegang kepada etika kaunseling akan menyimpan sebarang rahsia kliennya kecuali maklumat itu adalah berkaitan dengan kebahayaan kepada klien sendiri, orang lain atau melanggar peraturan sekolah.
Kaunselor perlu ada sifat mesra untuk menunjukkan penerimaan klien tanpa syarat. Kaunselor dirujuk sebagai seorang yang senang mendampingi sesiapa termasuk dengan ahli-ahli kelompok. Kaunselor diharapkan adalah seorang yang ramah mesra, bersikap terbuka dan periang.
Selain itu, kaunselor juga diharapakan seorang  yang penuh dengan semangat tinggi untuk membantu orang. Semangat karisma ini akan terus membakar dan Berjaya memimpin ahli-ahli kea rah mencapai matlamat mereka masing-masing.
Kadang kala kaunselor mempunyai unsur-unsur humor ataupun kecindan demi tidak membosankan aktiviti atau kendaliannya semasa sesi. Unsur ini penting sebagai Berjaya mengekalkan klien atau ahli-ahli dalam kumpulan sekiranya berkesan diamalkan.
Menurut Abdul Malik (1976), kajian berdasarkan aspek pembahagian ruang mendapati seorang individu menghabiskan kira-kira 70% daripada waktunya bagi berkomunikasi, komponen utama yang berkaitan dengan komunikasi tersebut adalah menulis (9%), membaca (16%), bercakap (30%) dan mendengar (45%). Kaunselor perlu menggunakan kemahiran mendengar untuk menumpu pendengaran dan penglihatannya kepada klien. Ini dapat menunjukkan tanda hormat dan semangat kaunselor serta menjalin kemesraan antara kaunselor dan klien. Kaunselor perlu menyediakan suasana komunikasi serta menumpukan perhatian pada mesej atau isi yang disampaikan oleh klien. Misalnya, mengangguk kepala menunjukkan kaunselor faham dengan perasaan. Perasaan adalah emosi yang dialami pada situasi tertentu. Antara tingkah laku yang menggambarkan perasaan ialah marah, sedih, suka, geram, gembira, kecewa dan sebagainya. Kaunselor perlu memahami perasaan dan mendengar dengan baik serta memberi peluang kepada klien menceritakan masalah mereka. Kaunselor juga perlu berkebolehan  merumuskannya.
Kemahiran menyoal ini membolehkan kita mengumpul lebih banyak maklumat dalam proses kaunseling. Ini kerana kemahiran menyoal dapat memberi panduan, meningkatkan perhubungan dan mencapai tujuan kaunseling. Kadang kala berlaku soalan yang tidak sesuai sehingga mengganggu sesi kaunseling. Oleh itu, adalah penting kepada kita untuk membentuk kemahiran menyoal. Kemahiran kaunseling ini terbahagikan kepada dua iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan tertutup ialah soalan yang hendak jawapan secara khusus, tepat dan tanpa memerlukan penjelasan lanjut tentangnya. Biasanya soalan ini diutarakan bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta, maklumat khusus, memendekkan masa bercakap dan memberi arahan tertentu manakala soalan terbuka adalah bentuk soalan yang memerlukan jawapan yang lebih jelas dan huraian yang agak panjang. Ia bertujuan untuk menggalakkan ahli kelompok meluahkan perasaanya dengan puas, memberi maklumat tanpa rasa denfensif dan menerokakan perkara yang sedang berbincang.
Kemahiran menyemak persepsi ini ialah mengesahkan persepsi kaunselor tentang apa yang klien katakana. Apabila kemahiran ini dilakukan, ahli kelompok akan berasa mereka lebih difahami. Garis panduan untuk membuat penyemakan persepsi ialah membuat parafrasa apa yang kaunselor fikir setelah mendengar. Selain daripada itum kaunselor juga meminta pengesahan ahli kelompok untuk berterus terang tentang ketepatan persepsi kaunselor terhadap apa yang telah diperkatakan oleh ahli kelompok.
Kemahiran merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh ahli-ahli kelompok yang lain dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk memfokuskan permasalahan klien. Ini memudahkan kaunselor memberi pertolongan tanpa mencari-cari apakah masalah utama dalam ahli kelompok tersebut. Terdapat dua bentuk rumusan yang dibuat dalam sesi kaunselin kelompok iaitu rumusan besar dan rumusan kecil.

5.         FASA-FASA KAUNSELING KELOMPOK
Dalam proses kaunseling kelompok, beberapa peringkat perkembangan berlaku dan setiap peringkat mempunyai sifat-sifat tertentu. Fasa-fasa kaunseling kelompok adalah seperti berikut di bawah.
Peringkat pertama iaitu peringkat permulaan merupakan langkah awal untuk mewujudkan suasana yang terapeutk dan selesa yang positif dengan meneguhkan tingkah laku yang berkaitan. Kadang kala wujud ketegangan akibat daripada kurang antara satu sama lain. Kaunselor berperanan untuk mengurangkan perasaan ragu-ragu. Pada peringkat ini juga focus diberi kepada ketua kumpulan. Mizan (1992:83) menegaskan kejayaan sesuatu kelompok kaunseling adalah bergantung rapat dengan peringkat ini iaitu peringkat yang akan menimbulkan suasana sokongan dalam kalangan ahli-ahli lalu membentuk rasa ingin bekerjasama. Zuraidah (1986:32) menekankan kepada peranan kaunselor yang dianggap ketua dalam kumpulan. Kaunselor berperanan sebagai pemimpin dalam menyatakan matlamat dan pencapaian hasil. Kegagalan kaunselor dalam kepimpinannya akan menyebabkan peserta berasa hampa dan keliru. Dalam suasana yang lain peserta akan tertanya-tanya tentang faedah dan tanggapan orang lain terhadapnya.
Peringkat kedua ialah peringkat konflik, didapati dalam kelompok terdapat pelbagai tingkah laku dalam kalangan ahli seperti sikap ragu-ragu, penentangan, marah, curiga, menarik diri dan pelbagai lagi tingkah laku pertentangan yang lain. Keadaan ini berlaku kerana terdapat jangkaan yang tinggi diharapkan kepada kaunselor untuk menyelesaikan masalah mereka. Dalam keadaan ini juga, kaunselor haruslah mengambil perhatian supaya tidak memberi keistimewaan kepada seseorang ahli sahaja. Ada juga dalam kalangan ahli menimbulkan perasaan marah kepada peserta yang berani mengeluarkan pendapat. Biasanya dalam peringkat ini banyak pertanyaan, pertentangan dan maklum balas yang diberi oleh ahli.
Peringkat ketiga merupakan peringkat perkembangan ahli berlaku dengan wujudnya pemahaman antara ahli. Timbul rasa percaya-mempercayai antara satu sama lain di damping rasa ambil berat. Keadaan ini menimbulkan suasana selesa untuk menambahkan perkongsian maklumat dan rahsia diri. Pada saat ini timbul kesediaan ahli yang lebih positif. Timbul rasa kekitaan yang tebal dan tenaga kelompok yang kuat untuk sama-sama bertindak.
Seterusnya, apabila wujud kesepaduan antara ahli dan perbincangan berjalan lancar, maka mudah bagi kaunselor mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Kaunselor hendaklah berperanan untuk menggalakkan ahli mencari jalan dan memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah. Dalam peringkat ini cadagan dibincangkan untuk membuat keputusan dan penyelesaian dengan baik. Peringkat ini melibatkan perubahan tingkah laku baru dan satu petanda yang menunjukkan kejeleketan yang tinggi, kepimpinan yang disokong dan juga produktiviti yang tinggi.
Seterunya ialah peringkat penamatan merupakan hasil daripada matlamat yang telah dicapai oleh kelompok dan pada ketika ini kelompok boleh dibubarkan. Kaunselor biasa dan sepatutnya menggalakkan ahli membuat resolusi dan ada kesepakatan untuk mengambil tindakan yang positif.

6.         CADANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR SEKOLAH HARI INI.
Senario kemerosotan sahsiah pelajar sekolah hari ini semakin merunsingkan pelbagai pihak sekolah. Banyak faktor telah dikaitkan dengan scenario ini. Antara yang menyebabkan kemerosotan sahsiah pelajar pada hari ini ialah sikap sendiri, sikap  guru, kelemahan penguasaan akademik, pengaruh rakan-rakan, pemakanan, budaya, genetic serta psikologi. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang ditawarkan di setiap sekolah rendah kebangsaan. Keberkesanan bimbingan dan kaunseling dalam menangani pelbagai masalah memang diakui. Manja Mohd Ludin (1990) menyatakan beberapa peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling ialah ia dapat membantu para pelajar mengenal diri sendiri dan seterusnya dapat membuat pertimbangan dan penentuan sendiri terhadap masalah peribadi, pelajaran, penyesuaian alam sekeliling dan pemilihan kerja yang tepat kepada minat, kebolehan dan kemampuan sendiri. Cadangan yang akan dikemukakan mungkin boleh menangani masalah kelemahan sahsiah pelajar. Intervensi bimbingan dan kaunseling seperti kaunseling kelompok dan bimbingan kelompok dalam membantu pelajar memperolehi sahsiah yang baik.
Sahsiah pelajar yang merosot mempengaruhi pencapaian akademik yang rendah di kalangan pelajar bukanlah fenomena baru dalam dunia pendidikan. Isu ini telah banyak langkah-langkah positif yang telah diambil untuk meningkatlan prestasi pencapaian akademik pelajar di peringkat sekolah rendah. Permasalahan akademik pelajar adalah penyebab utama pelajar menggunakan perkhidmatan kaunseling berbanding dengan permasalahan bidang yang lain.
Pendekatan teori terhadap pencapaian akademik yang rendah seperti teori kognitif menekankan tentang pentingnya perasaan, sifat dan jangkaan dalam mengerakkan seseorang untuk bergerak balas. Teori ini mengandaikan dorongan dalaman dan luara boleh memotivasikan individu untuk bertingkah laku. Walau bagaimanapun, dorongan dalaman tidak semata-mata didesak oleh keperluan biologi tetapi bergerak balas kerana dimotivasikan oleh rangsangan-ransangan persekitarannya terutama sekali yang membawa kepada pencapaian sesuatu yang menguntungkan dirinya. Individu biasanya mengenal nilai persekitaran berbeza-beza. Ada berbagai-bagai insentif yang mendorong manusia untuk mencapai matlamatnya. Pelajar didorong untuk belajar bersungguh-sungguh kerana motivasi diri (sifat dalaman) atau sesuatu yang menarik daripada ilmu tersebut (persekitaran). Ini bermakna individu yang mengaitkan kejayaannya dengan kebolehan dan usaha yang gigih akan bekerja lebih keras daripada mereka yang bersandarkan kepada nasib semata-mata.
Penggunaan teori kaunseling ‘Teori Pemusatan Klien Rogers’ didapati amat sesuai menangani masalah ponteng kelas ini sebab pelajar-pelajar yang bermasalah ini tidak terasa tersisih dan sebaliknya rasa dikasihi, dihargai dan disayangi. Keadaan sedemikian dapat membantu mencari punca utama yang membawa kepada masalah ponteng kelas dan seterusnya meningkatkan peratus kehadiran pelajar-pelajar bermasalah ini di bilik darjah.
Selain itu, masalah ponteng sekolah masih menduduki tangga pertama dalam senarai kesalahan disiplin pelajar sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Isu ponteng berada pada tahap kritikal dan dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah. Ponteng sekolah merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng sekolah sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah.
Langkah Kementerian Pelajaran melancarkan Kempen Basmi Ponteng Sekolah adalah tepat pada waktunya dan merupakan satu inisiatif terpuji. Justeru, para guru atau kaunselor perlu berusaha untuk membendung gejala ini daripada merebak atau menjadi lebih buruk dengan memperlengkapkan diri dengan ilmu kaunseling yang bersesuaian dengan senario sekarang. Sebagaimana yang kita sedia maklum pengetahuan di dalam bidang kaunseling oleh para kaunselor akan membolehkan mereka menolong individu berubah daripada keadaan sekarang kepada satu keadaan yang dikehendaki.
Kaunseling kelompok boleh dilaksanakan secara berstruktur dan tidak berstruktur. Kaunseling kelompok berstruktur dilaksanakan mengikut susunan perkembangan dan halatuju yang telah ditetapkan. Penggunaan modul yang telah dirancang dapat membantu kaunselor melaksanakan perjalanan sesi kaunseling kelompok dengan berkesan. Oleh yang demikian, saya difahamkan melalui sumber maklumat tentang keberkesanan ‘Modul Kuppon’ yang akan diaplikasikan dalam kaunseling kelompok untuk mengatasi masalah ponteng pelajar. Satu set modul yang mengandungi enam aktiviti yang telah ditentukan temanya akan diedarkan kepada pelajar. Setiap sesi akan membincang hanya satu tema yang khusus mengikut perkembangan tahap sesi kelompok.
Satu set modul yang mengandungi enam aktiviti yang telah ditentukan temanya akan diedarkan kepada pelajar. Setiap sesi akan membincang hanya satu tema yang khusus mengikut perkembangan tahap sesi kelompok. Sesi kelompok ini akan dilaksanakan sekali dalam tempoh satu minggu. Setiap satu sesi akan mengambil masa antara satu hingga satu setengah jam. Masa pertemuan akan ditetapkan dengan persetujuan ahli-ahli kelompok. Alat yang akan digunakan dalam kajian ini ialah “Modul Kuppon’. Modul ini mengandungi 6 tema. Setiap tema akan disediakan dengan satu set aktiviti . Set aktiviti akan dibantu dengan tayangan VCD, lembaran, kad kehadiran dan kad kecemerlangan. VCD mengandungi cerita teladan akan di tayang kepada pelajar. Ahli kelompok akan berinteraksi berdasarkan lembaran aktiviti yang disediakan. Kad kecemerlangan akan diberikan kepada ahli yang berjaya mengurangkan jumlah ponteng yang paling banyak. Kad kehadiran pelajar akan disediakan pada setiap pelajar.
Pendekatan kasih sayang, hormat menghormati, tolong menolong dan lebih tepat jika dikatakan manusia itu seharusnya dilayan seperti manusia supaya menjadi manusia. Tolak ansur di dalam sesuatu kes juga merupakan intervensi dalaman yang berkesan kepada setiap manusia apatah lagi kepada pelajar yang serba ingin belajar dan ingin tahu. Kebanyakan pelajar memberi kerjasama dan membantu mengeluarkannya dari kemelut pemasalahan yang rumit untuk dihuraikan oleh mereka. Oleh itu mereka akan merasai sentuhan kasih sayang secara halus dan merasai yang dirinya diterima bukan semata-mata mahu mengambil tindakan ke atas mereka. Kes-kes ditemui bukanlah kes-kes kecil bermula dari kes datang lambat hinggalah kes seksual, minum arak dan dadah juga ditangani dengan toleransi yang dapat diterima oleh ibubapa dan penjaga mereka. Pendek kata mereka dilayan sebagai manusia yang tidak bermasalah dan kami menunjukkan simpati mendalam kepada mereka dan penjaga. Kebanyakan penjaga berterima kasih di atas layanan yang kami berikan untuk anak-anak mereka dalam membantu mendidik dan membentuk sikap serta tingkah laku devien. Keadaan ini mengelakkan pihak sekolah daripada isu-isu yang panas dan kontroversi.
Untuk mengubah sikap dan perlakuan sebegini dalam kalangan pelajar adalah bukan sehari dua masa yang perlu diambil seperti tanggapan dan kemahuan semua guru terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling sebaliknya menjadi tanggungjawab semua guru dan staf di sesebuah sekolah itu sendiri memainkan peranan secara aktif dalam mencegah masalah disiplin pelajar. Begitu juga bukanlah menjadi guru disiplin sahaja menjalankan tanggungjawab dalam membentuk keperibadian pelajar. Sebaliknya keterlibatan semua komponen dalam sesuatu program dan aktiviti sudah tentu kita menjadi dominan dan berkeupayaan mengubah sesuatu walaupun ianya sebuah batu yang besar.  Seperti kata bekas Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Matnor Daim (1993), yang mengatakan 'Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling bukanlah menjadi hak dan tugas eksklusif guru bimbingan dan kaunseling, tetapi juga melibatkan semua guru dalam program dan aktiviti membantu perkembangan diri peIajar secara menyeluruh dalam program dan aktiviti supaya hasrat falsafah pendidikan negara dan wawasan 2020 dapat direalisasikan'. Kata-kata itu amat jelas tentang peranan yang perlu dimainkan oleh guru iaitu bukan sahaja hadir ke sekolah dan menjalankan tugas sebagai 'pengajar' tetapi yang lebih pentingnya sebagai 'pendidik' yang memerlukan pengorbanan untuk orang lain mengatasi kepentingan peribadi.

















Khamis, 6 September 2012

Idiomatic Expression

Definition: An idiomatic expression is common phrases or sayings whose meanings cannot be understood by the individual words or elements. Examples of these idioms are "Baker's Dozen", "Funny Farm" and "Cold War".
Idiomatic expressions are also non-standard speech, slang or dialect that are natural to native speakers of a language. Examples of these idioms are "Apples and Pears" for stairs and "Ruby Murray' for curry
Definition of Idiomatic Expressions - a poetic device
List of Examples of Idiomatic Expressions
The following is a list of Idiomatic Expressions used in the English and American language:
  • Back To Square One - To start again
  • Ball and chain: To be burdened with a task that that cannot be left or abandoned
  • Beat a dead horse: To engage in pointless and repetitive discussion.
  • Between the Devil and the deep blue sea. - In a very difficult situation when any resolution will be unpleasant.
  • Bushed - Tired, completely exhausted
  • Caught With Your Pants Down - Found out!
  • Can't see your nose in front of your face: Being oblivious to something obvious, in clear view.
  • Crash: To go to sleep
  • Don't look a Gift Horse in the Mouth - To reject something that has been freely given
  • Elbow Grease - A great deal of effort
  • Flea Market - An open-air market
  • Get out of hand - A situation which has resulted in chaos
  • Hit the hay: To go to bed


§  In your face - An aggressive manner
§  Junk Mail - Unsolicited communications
§  Kick the bucket: To die
§  Let sleeping dogs lie - Not to interfere
§  Mum's the word - To keep a secret
§  New kid on the block - A newcomer
§  Over the hill: To be past your prime
§  Prick up your ears - To listen intently
§  Rub someone up the wrong way - To annoy someone
§  Spinning a yarn: To lie or exaggerate
§  Tie the knot - To get married
§  Under the weather - Feeling ill
§  " Between a rock and a hard place " Meaning - In a very difficult situation when any resolution will be unpleasant
§  " Blow your top " Meaning - To lose your temper
§  " Break a leg " Meaning - Used to wish good luck to stage performers before an opening
§  " By the skin of your teeth " Meaning - Complete a task at the very last minute
§  " Drop someone a line " Meaning - To write to someone
§  " Excuse my French " Meaning - An apology for swearing
§  " Fire someone " Meaning - To end someone's your employment
§  " Get your wires crossed " Meaning - A misunderstanding
§  " Have an axe to grind " Meaning - To have an ulterior motive or a long term grudge against someone
§  " Hit the sack " Meaning - To go to bed
§  " Keep an eye out for " Meaning - To look after another

Selasa, 14 Ogos 2012

Dikir Barat

Dikir Barat merupakan ensembel Tradisional yang terkenal di negeri Kelantan.

(a) Apakah Tektur Muzik Dikir Barat?

  • Beng dan Matusky, menyatakan muzik Dikir Barat dihasilkan terdiri pelbagai beberapa bahagian rentak dan melodi dalam masa yang sama dipanggil muzik polifonik (atau tekstur polifoni). 
  • tidak boleh diertikan dengan Dikir Barat sekiranya dimasukkan alat-alat muzik lain selain daripada instrumen-instrumen.
  • Contoh-contoh Instrumen
>rebana Ibu (selalu disalah ertikan dengan gendang Ibu, atau Gedak Ibu
>rebana Anak (selalu disalah ertikan dengan gendang Anak atau Gedak Anak)
>gong (tetawak) – dipalu pada setiap 4 bit
>canang – alat gong ‘Chime’ – terdiri daripada gong kecil berbusut
>marakas atau Rhomba
>kesi atau Cing (alat tambahan dan tidak wajib)

(b) Nyatakan Peranan Tukang Karut
>Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada Tukang Karut, Juara dan beberapa
orang awak-awak, selalunya 15 hingga 30 orang.
>merupakan orang yang paling penting dalam pasukan Dikir Barat.
>Tukang Karut berperanan sebagai ketua.
>Contohnya, Tukang Karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas
pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar.
> Tukang Karut juga berperanan untuk menghasilkan pantun dan syair secara spontan.
>Tukang Karut haruslah mempunyai bakat yang semula jadi dalam bidang penciptaan.
>Tugas Tukan Karut ialah berpantun dan bersyair.
>Pantun-pantun dan syair itu akan didendangkan secara spontan mengikut seleranya.
>Tukang Karut berperanan sebagai penghibur.
>Tukang Karut haruslah boleh berinteraksi dengan penonton menerusi gelagatnya.
>Tukang Karut yang bijak memberikan persembahan yang mempunyai unsur-unsur kecindan
akan dapat menarik perhatian penonton.

(c) Jelaskan Secara Ringkas Sejarah Tentang Asal-Usul Dikir Barat.
•Terdapat pendapat-pendapat mengatakan bahawa Dikir Barat ini adalah berasal daripada dari Selatan Siam.
•Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan “Barat” yang terdapat dalam istilah “Dikir Barat” tersebut adalah membawa makna Selatan Siam.
•Menurut pendapat lain pula, ada yang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu.
•Pendapat ini dikemukakan sedemikian kerana pengasasnya iaitu, Husain Mok Nab Lombong merupakan penduduk asal tempat tersebut.
•Ada juga mengatakan bahawa sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat tersebut, ramai orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti REBANA BESAR.
•Ada juga mengatakan bahawa budaya tradisional Dikir Barat ini berasal dari Ciptaan Pak Leh Tapang.
•Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad telah mengakui sendiri bahawa yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam.
•Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya dan menjadikan Dikir Barat.
•Ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir sahaja iaitu tanpa pantun.
•Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun.
•Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya.
•Awak-awaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam).
•Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula
yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi dikir barat.
•Daripada gubahan yang telah dilakukan oleh Pak Leh Tapang, membuatkan lahirnya pendapat yang mengatakan bahawa Dikir Barat adalah berasal dari ciptaan Pak Leh Tapang.