1. PENGENALAN
ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING KELOMPOK
Persekitaran dan budaya banyak mempengaruhi corak
kehidupan dalam sesuatu kelompok. Pada asasnya kelompok membawa maksud
ahli-ahli yang berada dalam kumpulan kecil atau individu-individu yang dihimpun
dalam satu kumpulan. Menurut Rogers (1967), kaunseling kelompok adalah merujuk
kepada orientasi masalah dan proses memulihkan seseorang mengikut kehendak
ramai atau keputusan secara umum.
Kaunseling ini sangat sesuai dengan individu yang mengalami kesukaran,
rasa tidak puas hati atau masalah yang sedang bergumul dalam tingkah laku
mereka. Selain itu, Gibson dan Mitchell (1981) turut menyatakan bahawa
kauseling kelompok membawa makna satu
proses dalam membantu klien menyesuaikan diri dengan perkara-perkara seharian
yang berkaitan perkembangan dan bagaimana memperbaiki perkembangan itu.
Pembaikan ini meliputi aspek tingkah laku, hubungan peribadi, mengambil
perhatian berkaitan hal-hal jantina, nilai, sikap serta cara memilih kerja dan
kemahiran yang dibina.
Bimbingan kelompok ini lebih mementingkan persetujuan
yang major, oleh demikian itu, ada juga individu yang berani menyuarakan
ideanya dan dipersetujui semua orang dalam kumpulan. Individu-individu dalam
kumpulan kelompok ini lebih mempercayai rakan-rakannya daripada kaunselor. Hal
ini kerana terdapat ada wujudnya jalian perhubungan yang baik di antara mereka.
Pelaksanaan bimbingan kelompok di peringkat sekolah rendah memerlukan fikiran
yang matang dalam menjana idea. Pemilihan umur dalam lingkungan antara 10
hingga 12 tahun ini sudah dapat dikira sudah matang. Mereka boleh dianggap mampu
memhami perasaan orang lain berdasarkan apa yang telah dilalui atau komunikasi
di antara rakan serta masyarakat sekeliling. Murid-murid ini akan lebih
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
Kebaikan yang didapati dalam bimbingan kelompok terhadap
murid ialah memberi kekuatan dan bersifat lebih terbuka serta lebih kuat dan
berkeyakinan, menolong memahami diri sendiri sebagai individu dan
memperkembangkan tahap kesedaran emosi. Selain itu, kebaikan bimbingan kelompok
ini juga dapat mengatasi manfaat yang diperolehi semasa sesi kaunseling
individu seperti murid-murid dapat mendengar dan belajar daripada pengalaman
dan idea rakan-rakan sebaya. Secara tidak langsung akan mewujudkan komitmen dan
semangat kekitaan terhadap kumpulan hasil perkongsian pengalaman, masalah dan
idea-idea yang hampir sama. Seterusnya, memberi manfaat kepada murid membantu
diri dan rakan sebaya dengan pembinaan hubungan dalam kumpulan. Membentuk
kefahaman mengenai individu-individu lain dalam kumpulan dan memahami serta
membantu diri sendiri. Hal ini dilakukan melalui proses memberi dan menerima
maklum balas juga merupakan faedah yang diperolehi hasil dari sesi bimbingan
kelompok.
1.1 Konsep dan Jenis Kelompok
Konsep
Kaunseling kelompok merupakan satu pendekatan dan
berkesan bagi kaunselor terlatih dalam proses membantu klien dalam
menyelesaikan masalah. Pendekatan ini dikhususkan bagi golongan individu biasa
yang menghadapi masalah yang sama dalam satu masa, dan isu permasalahan yang
dihadapi berbentuk permasalahan yang normal.
Kaunseling kelompok juga dinamakan sebagai suatu hubungan
antara seorang individu dengan individu lain dalam satu kelompok yang
menfokuskan aspek permasalah yang sama dalam konteks tingkahlaku dan terdapat
penglibatan fungsi- fungsi terapi atau pemulihan. Pemilihan ahli-ahlinya adalah
berbentuk sukarela. Rogers (1970), mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi
permasalahan dan proses pemulihan dalam usaha merasionalkan seseorang mengikut
kehendak ramai. Hal ini jelas menyokong penglibatan fungsi-fungsi terapi dalam
proses kaunseling kelompok.
Matlamat
Dalam kelompok ia mempunyai matlamat tertentu. Secara
umumnya tujuan atau matlamat kaunseling kelompok adalah untuk memperbaiki sikap
serta perlakuan klien yang tidak berkesan atau yang tidak mendatangkan faedah.
Corey (1995) berpendapat kaunseling kelompok mempunyai tujuan untuk pencegahan
dan pemulihan. Hansen (1976) menjelaskan tujuan mencegah adalah supaya klien
dapat mengatasi masalah yang dihadapi sebelum masalah tersebut menjadi serius
manakala tujuan memulih pula adalah bagi klien yang sedang mengalami masalah
yang serius dan kaunseling kelompok merupakan satu proses intervensi untuk
mengubah tingkahlaku. Corey (1995) berpendapat adalah baik sekiranya setiap
ahli kelompok dapat membuat matlamat khusus dalam kelompok. Beberapa matlamat
umum yang dikongsi bersama ahli kelompok ialah :
1. Belajar mempercayai diri sendiri dan orang lain
2. Memperoleh pengetahuan tentang diri sendiri dan membentuk
keunikan identity diri.
3. Mengenalpasti kesamaan tentang keperluan dan masalah ahli
dengan itu berusaha mewujudkan perasaan kesejagatan
4. Meningkatkan penerimaan, keyakinan dan hormat diri supaya
dapat melihat diri dari perspektif yang baru.
5. Mencari alternatif dalam menangani isu perkembangan dalam
hidup dan mengatasi konflik tertentu.
6. Meningkatkan arah diri, outonomi dan bertanggungjawab
terhadap diri dan orang lain.
7. Menyedari hak
membuat pilihan secara bijaksana.\
1.2 Jenis Kaunseing kelompok
Kaunseling kelompok boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis. Jenis kaunseling kelompok ini terbahagi kepada tiga kaunseling
kelompok iaitu bimbingan, psikoterapi dan kaunseling.
Kelompok Psikoterapi adalah merupakan satu
pendekatan kaunseling yang bersifat merawat dan memulihkan. Kaunseling
psikoterapi menyediakan pengalaman-pengalaman yang mendalam bagi individu yang
menghadapi masalah penyesuaian diri, emosi dalam masalah-masalah perkembangan
diri yang tenat dan memerlukan pembinaan kembali personaliti. Kebiasaannya, di
sekolah rendah tidak membuat kaunseling psikoterapi kerana ia melibatkan
professional terlatih dalam pelbagai bidang perubatan dan kesihatan mental.
Contoh ahli kelompok terapi ialah individu yang teraniaya dari segi fizikal,
seksual atau mental tidak tahu membina perhubungan dengan orang lain secara
sihat atau berkelakuan murung dan suka mengasingkan diri.
Kelompok bimbingan pula ianya lebih berkisar
kepada menyampaikan maklumat dan tidak melibatkan penerokaan yang mendalam. Kelompok
bimbingan kebiasaannya banyak dijalankan di sekolah-sekolah dalam proses
membimbing para pelajar. Thompson & Poppen (1979) menyatakan fokus dan
kandungan kelompok bimbingan di sekolah adalah perkembangan konsep kendiri,
disiplin kendiri pelajar, hubungan rakan sebaya, hubungan interpersonal dengan
individu lain, kemahiran belajar, perkembangan kerjaya dan mengembangkan
suasana perkembangan yang efektif. Tujuannya boleh berbentuk pendidikan,
vokasional, peribadi dan kerjaya dengan tujuan memberi maklumat yang tepat
supaya ahli dapat membuat perancangan dan keputusan yang wajar.
Kelompok kaunseling dilihat sebagai proses
penyesuaian diri dengan menggunakan pengalaman-pengalaman dalam kelompok
sebagai penggalak perkembagan diri ahli. Kelompok ini lebih berorientasikan
masalah ataupun penyelesaian masalah, bersifat memulihkan dan mampu menghalang
masalah yang bakal berlaku. Menurut Zuraidah (1989), kaunseling kelompok ialah
satu pendekatan yang boleh digunakan oleh kaunselor terlatih untuk memberi
pertolongan yang berkesan kepada individu yang normal yang menghadapi
masalah-masalah seharian yang biasa dalam satu jangka waktu yang sama. Fokus
utama kaunseling kelompok adalah membantu individu menerokai dan
mengkonfrantasi ketidakpuasan yang dilalui oleh mereka. Ahli-ahli yang
mengalami masalah akan dibantu mencari jalan dan melaksanakan strategi bagi
menyelesaikan masalah tersebut. Pemimpin kelompok harus cuba menyediakan
suasana yang teraputik bagi memberi keselesaan, rasa selamat dan penuh
kepercayaan bagi membolehkan setiap individu menilai diri-sendiri, meningkatkan
perkembangan diri dan dapat berhubung dengan orang lain dengan lebih berkesan.
2. KEPIMPINAN DALAM KAUNSELING KELOMPOK
Dalam sesi kaunseling kelompok, kaunselor merupakan
pemimpin kelompok kerana peranannya semasa mengendalikan kelompok. Kaunselor
bertindak sebagai pemimpin yang memimpin dan memantau perjalanan kelompok
supaya ia mencapai matlamat yang dibentuk oleh pemimpin dan ahli-ahli kelompok
itu sendiri.
Gaya kepimpinan pemimpin banyak bergantung kepada teori
yang diguna pakai oleh pemimpin dan juga personaliti pemimpin sendiri. Gaya
kepimpinan yang berlainan mempunyai kebaikan, keburukan dan kesan yang berbeza
kepada dinamik sesebuah kelompok. Selalunya, ketua kelompok menggunakan
kepimpinan demokratik berbanding authoritarian
atau laissez faire.
Gaya kepimpinan dapat diubah daripada semasa ke semasa
bergantung kepada keadaan kelompok dan keperluan semasa sesi berjalan.
Misalnya, sekiranya dinamik kelompok dapat digerakkan tanpa banyak intervensi
daripada pemimpin, gaya kepimpinan demokratik atau laissez faire adalah lebih sesuai berbanding dengan gaya kepimpinan
authoritarian. Sementara itu,
kelompok yang bersikap pasif dan memerlukan penglibatan pemimpin secara optimum
dapat digerakkan dengan merancang aktiviti tertentu dan menggunakan kepimpinan authoritarian.
Ketua yang mempunyai gaya authoritarian menganggap
diri mereka sebagai pakar yang mampu menggerakkan sesi dengan melaksanakan
aktiviti yang ditetapkan ( Ida Hartini Ahmad Tharbe, 2006). Mereka percaya
bahawa mereka memahami dinamik kelompok dan mengintepretasikan, memberi nasihat
dan secara langsung mengarah pergerakan kelompok. Kelompok yang melaksanakan
gaya kepimpinan ini juga dikenali sebagai kelompok bertumpukan pemimpin. Dalam
gaya kepimpinan ini interaksi hanya bercorak sehala. Tumpuan ahli adalah kepada
pemimpin iaitu pemimpin menentukan siapa yang diberi peluang berkomunikasi
serta perkara yang boleh dibincang dalam sesi itu. Interaksi antara ahli adalah
terhad dan Cuma dilaksanakan dengan pengesahan pemimpin. Gaya kepimpinan ini
berkesan sekiranya kelompok memerlukan arah dan struktur yang jelas. Kelompok
yang pasif memerlukan pemimpin yang berkarisma dan mampu mengarah dengan baik.
Namun begitu, kepimpinan authoritarian menyebabkan
ahli berasa kurang bebas bagi menyuarakan pendapat dan menyebabkan ahli berasa
kurang bebas bagi menyuarakan pendapat dan menyebabkan mereka sentiasa menunggu
arahan bertindak daripada pemimpin.
Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik ini lebih berpusat kepada
kelompok. Pemimpin bertindak sebagai fasilitator yang membantu perjalanan sesi
supaya ia lebih terarah. Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan ini tidak
bertindak sebagai pengarah sebaliknya bekerjasam dan berkongsi pendapat dengan
ahli lain sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan perjalanan kelompok.
Ahli biasanya diberi peluang menyumbang idea bagi membantu keberkesanan sesi.
Misalnya ahli berasa dihargai dan seronok dalam kelompok ini kerana mereka
dapat menyumbang pendapat dan kreativiti masing-masing. Kepimpinan demokrasi
mengamalkan interaksi dua hala antara pemimpin dan ahlu. Kebaikan gaya
kepimpinan ini ialah segi beban tugas semasa kaunseling kelompok sedang
berjalan. Pemimpin selesa berkongsi kuasa dan tanggungjawab dengan ahli dan ini
mejadikan ahli lebih terbuka berkongsi pendapat dan pengalaman dalam sesi.
Namun begitu, pemimpin masih perlu memastikan sesi tidak didominasi oleh
mana-mana ahli. Keputusan yang diambil masih perlu dibincangkan bersama supaya
memenuhi kehendak semua pihak. Walau bagaimanapun, gaya kepimpinan demokrasi
mungkin menyebabkan kelompok menjadi kurang berstruktur dan mengambil lebih
masa bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.
Ketua kelompok jenis laissez faire ini sebenarnya tidak
memilik sebarang daya kepimpinan. Mereka hanya pemimpin pada nama sahaja.
Penglibatan mereka dalam sesi adalah sebagai ahli dan bukannya sebagai pemimpin
seperti yang diingini. Pemimpin gagal membekalkan struktur dan arah yang
diperluakan bagi memastikan keberkesanan sesi kelompok. Pemimpin memberi
sepenuh kuasa kepada ahli bagi mengawal dan mengarahkan kelompok. Akibatnya,
ahli-ahli kelompok mungkin keliru dengan matlamat yang perlu mereka capai dalam
kelompok. Ahli bertanggungjawan merancang, mengendali, menjalankan aktiviti dan
mengambil keputusan tanpa bantuan pemimpin. Pemimpin hanyalah pemerhati yang
tidak menjalankan sebarang fungsi. Memandangkan kelompok laissez faire adalah tidak berstruktur, maka corak interaksinya
juga kurang terarah. Kemungkinan beberapa ahli tidak mendapat peluang langsung
bagi interaksi. Pemimpin hanya berinteraksi dengan beberapa orang sahaja dalam
kelompok dan mengharapkan komunikasi selebihnya berjalan di kalangan ahli
sahaja. Secara amnya komunikasi dalam kelompok laissez faire bukan komunikasi yang berkesan.
Kesimpulannya, ini tidak bermakna gaya kepimpinan
kelompok tidak boleh digabungkan oleh pemimpin kelompok dalam satu-satu sesi.
Kepelbagaian gaya kepimpinan dapat mengurangkan kesan negatif yang biasanya
berlaku akibat penggunaan satu gaya kepimpinan sahaja. Ada keadaan yang
tertentu memerlukan gaya kepimpinan yang tertentu. Oleh itu, gaya kepimpinan
boleh diubah mengikut keadaan.
3. PEMILIHAN AHLI KELOMPOK
Proses pemilihan perlu dijalankan dalam dua hala, iaitu
kaunselor memberi peluang kepada individu yang berminat untuk bertanya dan
membuat keputusan sama ada hendak menjadi ahli atau tidak dan pada masa yang
sama, kaunselor bertanya soalan-soalan yang boleh menolongnya. Kaunselor juga
menentukan jenis individu yang diIngini untuk menjadi ahli kelompok dan
bergantung kepada objektif kelompok itu. Mungkin ahli boleh terdiri daripada
berbagai-bagai latar belakang, minat yang sama, umur sebaya, permasalahan yang
sama, latar belakang dan bilangan ahli. Dalam kelompok tersebut perlu ada
pertumbuhan isu perbincangan akan berfokus kepada perhubungan dan ahlinya
bolehlah terdiri dari 7 hingga 12 orang mengikut jenis ahli dan umur. Antara
aspek yang perlu mengambil kira semasa proses pemilihan ahli kelompok adalah minat,
umur, permasalahan, latarbelakang, dan juga bilangan ahli.
Kaunselor harus mencari ahli kelompok yang minat datang untuk kaunseling kelompok.
Hal ini kerana minat yang berbeza akan susah mencapai matlamat proses
kaunseling. Sesi kaunseling akan tidak menjadi rasa bosan dan tidak selesa.
Ahli kelompok yang sama minat akan mudah memberi kerjasama.
Umur yang sama mengikut peringkat umur kanak-kanak, remaja,
dewasa dan warga emas. Setiap peringkat umur ini memerlukan gaya kepimpinan
yang berbeza. Cara berfikir bagi setiap peringkat adalah berbeza. Oleh
demikian, pemilihan jarak umur hendaklah dititikberatkan. Ini akan mewujudkan
jurang umur dalam sesi kaunseling.
Permasalahan dalam ahli kelompok juga perlu ada dalam pemilihan ahli
semasa membentuk kaunseling kelompok. Pemilihan permasalahan yang sama dalam
ahli kelompok akan memudahkan sesi kaunseling dijalankan. Objektif dan matlamat
kauseling dapat ditetapkan serta penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi
adalah lebih mudah.
Latar belakang merupakan satu aspek yang serius dalam pemilihan ahli
kelompok begitu juga aspek yang lain, aspek latar belakang juga penting dalam
memberikan keberkesanan dalam perjalanan sesi kaunseling kelompok dijalankan.
Latar belakang ahli kelompok dari segi kedudukan ekonomi merupakan aspek yang
boleh diperhatikan. Aspek ekonomi ada yang kaya dan yang miskin harus diberi
perhatian dalam latar belakang mereka. Hal ini kerana sekiranya dua kelompok
ini berada dalam satu kelompok kaunseling, maka proses tersebut akan menjadi
sukar untuk dijalankan. Kemungkinan golongan yang miskin akan berasa malu dan
tidak memberikan komitmen dalam sesi tersebut. Begtu juga halnya bagi golongan
yang berpendidikan tinggi dengan mereka yang mempunyai pendidikan yang rendah.
Sekiranya hal ini berlaku, maka proses kaunseling kelompok akan sukar untuk
berkembang dan matlamatnya akan sukar untuk dicapai.
Bilangan ahli dalam kelompok juga turut meberikan kesan terhadap
keberkesanan sesi kaunseling. Selepas menentukan objektif kelompok, seterusnya
ialah menentukan berapa ahli yang akan terlibat dalam kelompok tersebut.
Nekrung (2007) menjelaskan saiz kelompok selalunya bergantung kepada tujuan dan
jenis kelompok. Kelompok kelompok bantu diri dan psikopendidikan mempunyai
jumlah ahli yang besar. Saiz yang sesuai untuk kelompok kaunseling dan terapi
sekitar 5 hingga 15 orang.
4. KEMAHIRAN PEMUDAHCARAAN
Menurut kamus Collins, memudahcara sebagai ‘menjadi
mudah’ manakal Choong (2010) mentakrifkan dalam kaunseling kelompok, peranan
kaunselor sebagai pemudahcara bermaksud bahawa beliau akan melaksanakan fungsi
dan aktiviti-aktiviti tertentu pada tiga peringkat sesi iaitu sebelum, semasa
dan selepas. Kaunselor berperanan sebagai pemudahcara kepada klien dalam
menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati martabat diri, nilai
dan keupayaannya. Kemahiran pemudahcaraan terbahagi kepada dua iaitu kemahiran
personhood dan kemahiran teknikal. Contoh kemahiran personhood ialah
kepercayaan, penerimaan,kecindan, karisma dan sebagainya manakala contoh
kemahiran teknikal ialah menyoal, refleksi, konfrantasi dan lain-lain.
Kaunselor yang memiliki ciri-ciri boleh menyimpan rahsia
klien boleh menimbulkan kepercayaan
dalam kalangan ahli kelompok. Kaunselor biasanya merujuk kepada seseorang pakar
yang berpengetahuan dalam bidang kaunseling dan boleh dipercayai. Justeru,
kaunselor yang berkesan dan berpegang kepada etika kaunseling akan menyimpan
sebarang rahsia kliennya kecuali maklumat itu adalah berkaitan dengan
kebahayaan kepada klien sendiri, orang lain atau melanggar peraturan sekolah.
Kaunselor perlu ada sifat mesra untuk menunjukkan penerimaan klien tanpa syarat.
Kaunselor dirujuk sebagai seorang yang senang mendampingi sesiapa termasuk
dengan ahli-ahli kelompok. Kaunselor diharapkan adalah seorang yang ramah
mesra, bersikap terbuka dan periang.
Selain itu, kaunselor juga diharapakan seorang yang penuh dengan semangat tinggi untuk
membantu orang. Semangat karisma ini
akan terus membakar dan Berjaya memimpin ahli-ahli kea rah mencapai matlamat
mereka masing-masing.
Kadang kala kaunselor mempunyai unsur-unsur humor ataupun
kecindan demi tidak membosankan
aktiviti atau kendaliannya semasa sesi. Unsur ini penting sebagai Berjaya
mengekalkan klien atau ahli-ahli dalam kumpulan sekiranya berkesan diamalkan.
Menurut Abdul Malik (1976), kajian berdasarkan aspek
pembahagian ruang mendapati seorang individu menghabiskan kira-kira 70%
daripada waktunya bagi berkomunikasi, komponen utama yang berkaitan dengan
komunikasi tersebut adalah menulis (9%), membaca (16%), bercakap (30%) dan
mendengar (45%). Kaunselor perlu menggunakan kemahiran mendengar untuk menumpu pendengaran dan penglihatannya
kepada klien. Ini dapat menunjukkan tanda hormat dan semangat kaunselor serta
menjalin kemesraan antara kaunselor dan klien. Kaunselor perlu menyediakan
suasana komunikasi serta menumpukan perhatian pada mesej atau isi yang
disampaikan oleh klien. Misalnya, mengangguk kepala menunjukkan kaunselor faham
dengan perasaan. Perasaan adalah emosi yang dialami pada situasi tertentu.
Antara tingkah laku yang menggambarkan perasaan ialah marah, sedih, suka,
geram, gembira, kecewa dan sebagainya. Kaunselor perlu memahami perasaan dan
mendengar dengan baik serta memberi peluang kepada klien menceritakan masalah
mereka. Kaunselor juga perlu berkebolehan
merumuskannya.
Kemahiran menyoal ini membolehkan kita mengumpul lebih banyak maklumat
dalam proses kaunseling. Ini kerana kemahiran menyoal dapat memberi panduan,
meningkatkan perhubungan dan mencapai tujuan kaunseling. Kadang kala berlaku
soalan yang tidak sesuai sehingga mengganggu sesi kaunseling. Oleh itu, adalah
penting kepada kita untuk membentuk kemahiran menyoal. Kemahiran kaunseling ini
terbahagikan kepada dua iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Soalan
tertutup ialah soalan yang hendak jawapan secara khusus, tepat dan tanpa
memerlukan penjelasan lanjut tentangnya. Biasanya soalan ini diutarakan
bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta, maklumat khusus, memendekkan
masa bercakap dan memberi arahan tertentu manakala soalan terbuka adalah bentuk
soalan yang memerlukan jawapan yang lebih jelas dan huraian yang agak panjang.
Ia bertujuan untuk menggalakkan ahli kelompok meluahkan perasaanya dengan puas,
memberi maklumat tanpa rasa denfensif dan menerokakan perkara yang sedang
berbincang.
Kemahiran menyemak
persepsi ini ialah mengesahkan
persepsi kaunselor tentang apa yang klien katakana. Apabila kemahiran ini
dilakukan, ahli kelompok akan berasa mereka lebih difahami. Garis panduan untuk
membuat penyemakan persepsi ialah membuat parafrasa apa yang kaunselor fikir
setelah mendengar. Selain daripada itum kaunselor juga meminta pengesahan ahli
kelompok untuk berterus terang tentang ketepatan persepsi kaunselor terhadap
apa yang telah diperkatakan oleh ahli kelompok.
Kemahiran merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi
dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh ahli-ahli kelompok yang lain
dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan
dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk memfokuskan
permasalahan klien. Ini memudahkan kaunselor memberi pertolongan tanpa
mencari-cari apakah masalah utama dalam ahli kelompok tersebut. Terdapat dua
bentuk rumusan yang dibuat dalam sesi kaunselin kelompok iaitu rumusan besar
dan rumusan kecil.
5. FASA-FASA KAUNSELING KELOMPOK
Dalam proses kaunseling
kelompok, beberapa peringkat perkembangan berlaku dan setiap peringkat
mempunyai sifat-sifat tertentu. Fasa-fasa kaunseling kelompok adalah seperti
berikut di bawah.
Peringkat pertama iaitu peringkat permulaan merupakan langkah
awal untuk mewujudkan suasana yang terapeutk dan selesa yang positif dengan
meneguhkan tingkah laku yang berkaitan. Kadang kala wujud ketegangan akibat
daripada kurang antara satu sama lain. Kaunselor berperanan untuk mengurangkan
perasaan ragu-ragu. Pada peringkat ini juga focus diberi kepada ketua kumpulan.
Mizan (1992:83) menegaskan kejayaan sesuatu kelompok kaunseling adalah
bergantung rapat dengan peringkat ini iaitu peringkat yang akan menimbulkan
suasana sokongan dalam kalangan ahli-ahli lalu membentuk rasa ingin
bekerjasama. Zuraidah (1986:32) menekankan kepada peranan kaunselor yang
dianggap ketua dalam kumpulan. Kaunselor berperanan sebagai pemimpin dalam
menyatakan matlamat dan pencapaian hasil. Kegagalan kaunselor dalam
kepimpinannya akan menyebabkan peserta berasa hampa dan keliru. Dalam suasana
yang lain peserta akan tertanya-tanya tentang faedah dan tanggapan orang lain
terhadapnya.
Peringkat kedua ialah peringkat konflik, didapati dalam
kelompok terdapat pelbagai tingkah laku dalam kalangan ahli seperti sikap
ragu-ragu, penentangan, marah, curiga, menarik diri dan pelbagai lagi tingkah
laku pertentangan yang lain. Keadaan ini berlaku kerana terdapat jangkaan yang
tinggi diharapkan kepada kaunselor untuk menyelesaikan masalah mereka. Dalam
keadaan ini juga, kaunselor haruslah mengambil perhatian supaya tidak memberi
keistimewaan kepada seseorang ahli sahaja. Ada juga dalam kalangan ahli
menimbulkan perasaan marah kepada peserta yang berani mengeluarkan pendapat.
Biasanya dalam peringkat ini banyak pertanyaan, pertentangan dan maklum balas
yang diberi oleh ahli.
Peringkat ketiga merupakan peringkat perkembangan ahli berlaku
dengan wujudnya pemahaman antara ahli. Timbul rasa percaya-mempercayai antara
satu sama lain di damping rasa ambil berat. Keadaan ini menimbulkan suasana
selesa untuk menambahkan perkongsian maklumat dan rahsia diri. Pada saat ini
timbul kesediaan ahli yang lebih positif. Timbul rasa kekitaan yang tebal dan
tenaga kelompok yang kuat untuk sama-sama bertindak.
Seterusnya, apabila wujud kesepaduan antara ahli dan perbincangan
berjalan lancar, maka mudah bagi kaunselor mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah. Kaunselor hendaklah berperanan untuk menggalakkan ahli mencari jalan
dan memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah. Dalam peringkat ini cadagan
dibincangkan untuk membuat keputusan dan penyelesaian dengan baik. Peringkat
ini melibatkan perubahan tingkah laku baru dan satu petanda yang menunjukkan
kejeleketan yang tinggi, kepimpinan yang disokong dan juga produktiviti yang
tinggi.
Seterunya ialah peringkat penamatan merupakan hasil
daripada matlamat yang telah dicapai oleh kelompok dan pada ketika ini kelompok
boleh dibubarkan. Kaunselor biasa dan sepatutnya menggalakkan ahli membuat
resolusi dan ada kesepakatan untuk mengambil tindakan yang positif.
6. CADANGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KELOMPOK DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR SEKOLAH HARI
INI.
Senario kemerosotan sahsiah
pelajar sekolah hari ini semakin merunsingkan pelbagai pihak sekolah. Banyak
faktor telah dikaitkan dengan scenario ini. Antara yang menyebabkan kemerosotan
sahsiah pelajar pada hari ini ialah sikap sendiri, sikap guru, kelemahan penguasaan akademik, pengaruh
rakan-rakan, pemakanan, budaya, genetic serta psikologi. Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling (B&K) merupakan salah satu daripada perkhidmatan yang
ditawarkan di setiap sekolah rendah kebangsaan. Keberkesanan bimbingan dan
kaunseling dalam menangani pelbagai masalah memang diakui. Manja Mohd Ludin
(1990) menyatakan beberapa peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling ialah ia dapat membantu para pelajar mengenal diri sendiri dan
seterusnya dapat membuat pertimbangan dan penentuan sendiri terhadap masalah
peribadi, pelajaran, penyesuaian alam sekeliling dan pemilihan kerja yang tepat
kepada minat, kebolehan dan kemampuan sendiri. Cadangan yang akan dikemukakan
mungkin boleh menangani masalah kelemahan sahsiah pelajar. Intervensi bimbingan
dan kaunseling seperti kaunseling kelompok dan bimbingan kelompok dalam
membantu pelajar memperolehi sahsiah yang baik.
Sahsiah pelajar yang merosot
mempengaruhi pencapaian akademik yang rendah di kalangan pelajar bukanlah
fenomena baru dalam dunia pendidikan. Isu ini telah banyak langkah-langkah
positif yang telah diambil untuk meningkatlan prestasi pencapaian akademik
pelajar di peringkat sekolah rendah. Permasalahan akademik pelajar adalah
penyebab utama pelajar menggunakan perkhidmatan kaunseling berbanding dengan
permasalahan bidang yang lain.
Pendekatan
teori terhadap pencapaian akademik yang rendah seperti teori kognitif menekankan tentang pentingnya perasaan, sifat dan
jangkaan dalam mengerakkan seseorang untuk bergerak balas. Teori ini
mengandaikan dorongan dalaman dan luara boleh memotivasikan individu untuk
bertingkah laku. Walau bagaimanapun, dorongan dalaman tidak semata-mata didesak
oleh keperluan biologi tetapi bergerak balas kerana dimotivasikan oleh
rangsangan-ransangan persekitarannya terutama sekali yang membawa kepada
pencapaian sesuatu yang menguntungkan dirinya. Individu biasanya mengenal nilai
persekitaran berbeza-beza. Ada berbagai-bagai insentif yang mendorong manusia
untuk mencapai matlamatnya. Pelajar didorong untuk belajar bersungguh-sungguh
kerana motivasi diri (sifat dalaman) atau sesuatu yang menarik daripada ilmu
tersebut (persekitaran). Ini bermakna individu yang mengaitkan kejayaannya
dengan kebolehan dan usaha yang gigih akan bekerja lebih keras daripada mereka
yang bersandarkan kepada nasib semata-mata.
Penggunaan
teori kaunseling ‘Teori Pemusatan Klien Rogers’ didapati amat sesuai menangani masalah ponteng kelas ini
sebab pelajar-pelajar yang bermasalah ini tidak terasa tersisih dan sebaliknya
rasa dikasihi, dihargai dan disayangi. Keadaan sedemikian dapat membantu
mencari punca utama yang membawa kepada masalah ponteng kelas dan seterusnya
meningkatkan peratus kehadiran pelajar-pelajar bermasalah ini di bilik darjah.
Selain itu, masalah ponteng sekolah masih menduduki
tangga pertama dalam senarai kesalahan disiplin pelajar sekolah menengah dan
rendah di Malaysia. Isu ponteng berada pada tahap kritikal dan dianggap sebagai
langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah. Ponteng sekolah merupakan
perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika pelajar dibiarkan ponteng
sekolah sehingga menjadi amalan dan tabiat, ianya boleh membawa kesan negatif
terhadap diri pelajar sendiri, keluarganya dan juga sekolah.
Langkah Kementerian Pelajaran melancarkan Kempen Basmi
Ponteng Sekolah adalah tepat pada waktunya dan merupakan satu inisiatif
terpuji. Justeru, para guru atau kaunselor perlu berusaha untuk membendung
gejala ini daripada merebak atau menjadi lebih buruk dengan memperlengkapkan
diri dengan ilmu kaunseling yang bersesuaian dengan senario sekarang.
Sebagaimana yang kita sedia maklum pengetahuan di dalam bidang kaunseling oleh
para kaunselor akan membolehkan mereka menolong individu berubah daripada keadaan
sekarang kepada satu keadaan yang dikehendaki.
Kaunseling kelompok boleh dilaksanakan secara berstruktur
dan tidak berstruktur. Kaunseling kelompok berstruktur dilaksanakan mengikut
susunan perkembangan dan halatuju yang telah ditetapkan. Penggunaan modul yang
telah dirancang dapat membantu kaunselor melaksanakan perjalanan sesi kaunseling
kelompok dengan berkesan. Oleh yang demikian, saya difahamkan melalui sumber
maklumat tentang keberkesanan ‘Modul
Kuppon’ yang akan diaplikasikan dalam kaunseling kelompok untuk mengatasi
masalah ponteng pelajar. Satu set modul yang mengandungi enam aktiviti yang
telah ditentukan temanya akan diedarkan kepada pelajar. Setiap sesi akan
membincang hanya satu tema yang khusus mengikut perkembangan tahap sesi
kelompok.
Satu set modul yang mengandungi enam aktiviti yang telah
ditentukan temanya akan diedarkan kepada pelajar. Setiap sesi akan membincang
hanya satu tema yang khusus mengikut perkembangan tahap sesi kelompok. Sesi
kelompok ini akan dilaksanakan sekali dalam tempoh satu minggu. Setiap satu
sesi akan mengambil masa antara satu hingga satu setengah jam. Masa pertemuan
akan ditetapkan dengan persetujuan ahli-ahli kelompok. Alat yang akan digunakan
dalam kajian ini ialah “Modul Kuppon’. Modul ini mengandungi 6 tema. Setiap
tema akan disediakan dengan satu set aktiviti . Set aktiviti akan dibantu
dengan tayangan VCD, lembaran, kad kehadiran dan kad kecemerlangan. VCD
mengandungi cerita teladan akan di tayang kepada pelajar. Ahli kelompok akan
berinteraksi berdasarkan lembaran aktiviti yang disediakan. Kad kecemerlangan
akan diberikan kepada ahli yang berjaya mengurangkan jumlah ponteng yang paling
banyak. Kad kehadiran pelajar akan disediakan pada setiap pelajar.
Pendekatan kasih
sayang, hormat menghormati, tolong
menolong dan lebih tepat jika dikatakan manusia itu seharusnya dilayan seperti
manusia supaya menjadi manusia. Tolak ansur di dalam sesuatu kes juga merupakan
intervensi dalaman yang berkesan kepada setiap manusia apatah lagi kepada
pelajar yang serba ingin belajar dan ingin tahu. Kebanyakan pelajar memberi
kerjasama dan membantu mengeluarkannya dari kemelut pemasalahan yang rumit
untuk dihuraikan oleh mereka. Oleh itu mereka akan merasai sentuhan kasih
sayang secara halus dan merasai yang dirinya diterima bukan semata-mata mahu
mengambil tindakan ke atas mereka. Kes-kes ditemui bukanlah kes-kes kecil
bermula dari kes datang lambat hinggalah kes seksual, minum arak dan dadah juga
ditangani dengan toleransi yang dapat diterima oleh ibubapa dan penjaga mereka.
Pendek kata mereka dilayan sebagai manusia yang tidak bermasalah dan kami
menunjukkan simpati mendalam kepada mereka dan penjaga. Kebanyakan penjaga
berterima kasih di atas layanan yang kami berikan untuk anak-anak mereka dalam
membantu mendidik dan membentuk sikap serta tingkah laku devien. Keadaan ini
mengelakkan pihak sekolah daripada isu-isu yang panas dan kontroversi.
Untuk mengubah sikap dan perlakuan sebegini dalam
kalangan pelajar adalah bukan sehari dua masa yang perlu diambil seperti
tanggapan dan kemahuan semua guru terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling
sebaliknya menjadi tanggungjawab semua guru dan staf di sesebuah sekolah itu
sendiri memainkan peranan secara aktif dalam mencegah masalah disiplin pelajar.
Begitu juga bukanlah menjadi guru disiplin sahaja menjalankan tanggungjawab
dalam membentuk keperibadian pelajar. Sebaliknya keterlibatan semua komponen
dalam sesuatu program dan aktiviti sudah tentu kita menjadi dominan dan
berkeupayaan mengubah sesuatu walaupun ianya sebuah batu yang besar. Seperti kata bekas Pengarah Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Matnor Daim (1993), yang mengatakan 'Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling bukanlah menjadi hak dan tugas eksklusif guru
bimbingan dan kaunseling, tetapi juga melibatkan semua guru dalam program dan
aktiviti membantu perkembangan diri peIajar secara menyeluruh dalam program dan
aktiviti supaya hasrat falsafah pendidikan negara dan wawasan 2020 dapat
direalisasikan'. Kata-kata itu amat jelas tentang peranan yang perlu dimainkan
oleh guru iaitu bukan sahaja hadir ke sekolah dan menjalankan tugas sebagai
'pengajar' tetapi yang lebih pentingnya sebagai 'pendidik' yang memerlukan
pengorbanan untuk orang lain mengatasi kepentingan peribadi.