Jumaat, 10 Ogos 2012

Morfologi


DEFINISI MORFOLOGI
1.    Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur kata, binaan kata, bentuk kata dan golongan kata.
2.    Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna .
3.    Unsur-unsur yang membina sesuatu kata dikenali sebagai morfem.
4.    Golongan kata ialah proses menjeniskan kata dengan berpandukan fungsinya sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas.
PROSES PEMBENTUKAN KATA
Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu dari segi bentuk-bentuk yang terhasil, seperti yang berikut:
(i)            Bentuk kata tunggal
(ii)          Bentuk kata terbitan
(iii)         Bentuk kata majmuk
(iv)         Bentuk kata ganda

(i)            BENTUK KATA TUNGGAL
o   Tidak terima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal.
o   Kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih.
a)    Kata tunggal satu suku kata
Contoh pola gabungan konsonan-vokal dua kata tunggal bahasa Melayu ialah seperti berikut:
No.
Pola
Contoh
1.
KV
Ru
Ya
Ru
2.
VK
Am
3.
KVK
Bah
Cat
Dan
4.
KKVK
Brek
Draft
Gred
5.
KVKK
Bank
Seks
Teks
6.
KKKV
Skru
7.
KKKVK
Straw
Skrip
Spring

b)    Kata tunggal dua suku kata
No
Pola
Contoh
1
V + KV
Apa
Ela
2.
V + VK
Air
Aur
3.
V + KVK
Alas
Ekor
4.
VK + KV
Abdi
Inti
5.
VK + KVK
Embun
Indah
6.
KV + V
Doa
Ria
7.
KV + VK
Diam
Kuih
8.
KV + KVK
Buku
Guru
9.
KV + KVK
Mulut
Pukul
10.
KVK + KV
Binti
Sendi

c)    Kata tunggal tiga suku kata
No
Pola
Contoh
1.
KV + V + KV
Cuaca
Tiada
2.
KV + V + KVK
Biawak
Piutang
3.
V + KV + V
Usia
Idea
4.
KV + KV + V
Semua
Mulia
5.
KVK + KV + V
Tempua
Mentua
6.
KV + KV + VK
Seluar
Ketiak
7.
KVK + KV + VK
Mendiang
Berlian
8.
V + KV + KV
Utara
Irama
9.
V + KV + KVK
Ijazah
Alamat
10.
VK + KV + KV
Asrama
Antara
11.
KV + KV + KV
Keliru
Budaya
12.
KVK + KV + KV
Menteri
Kemboja
13.
VK + KV + VK
Ilmiah
Ikhtibar
14.
V + KV + VK
Akaun
Elaun
15.
 KV + KV + KVK
Belalang
Senapang
16.
KVK + KV + KVK
Tempurung
Matlamat
17.
KV + KVK + KV
Belanja
Keranda
18
KVK + KVK + KV
Sempurna
19.
KV + KVK + KVK
Belimbing
Gelombang

d)    Kata tunggal empat suku kata dan lebih
No
Pola
Contoh
1
KV + KV + VK + KV
Keluarga
Biduanda
2.
KV + KVK + KV + KV
Sederhana
Bijaksana
3.
KVK + KV + KV + KV
Laksamana
Manjakani
4.
KVK + KV + V + KV
Sentiasa
5.
KV + KV + KV + KV
Bidadari
Serigala
6.
KV + KV + KV + KVK
Kapitalis
Hulubalang
7.
KVK + KV +KV +KVK
Sentimeter
8.
KVK + KVK +K V + KV
Singgahsana
Dispensari
9.
KV + KV + V + KVK
Mesyuarat
Nasional
10.
V + KV + KVK + KV + KV
Universiti
11.
KVK + KV + KV +KV + KVK
kosmopolitan
12.
KV + KV + KV +KV + KV + KV
Maharajalela

(ii)          BENTUK KATA TERBITAN
·         Terhasil daripada proses pengimbuhan iaitu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan.
·         Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan.
·         Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.
·         Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
a)    Awalan yang hadir sebelum kata dasar
b)    Akhiran yang hadir sesudah kata dasar
c)    Apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan di akhir kata dasar
d)    Sisipan yang hadir di celah kata dasar
1.    Kata terbitan berawalan
Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan, seperti yang disenaraikan berikut:
i.              Awalan kata nama
ii.            Awalan kata kerja
iii.           Awalan kata adjektif

i.              Awalan kata nama
Pe-
Pelari, perakus, penyapu
Pem-
Pembawa, pembuat, pemveto
Pen-
Pendatang, pencari, penjual
Peng-
Penggali, pengkhianat, pengukur
Penge-
Pengebom, pengetin, pengelap
Pel-
Pelajar
Per-
Perasap, perbara, pertapa
Pe-
Pesara, pekedai, petani
Ke-
Ketua, kelipat, kekasih
Juru-
Jururawat, juruwang, juruterbang
Maha-
Mahasiswa, mahaguru, maharaja
Tata-
Tatabahasa, tatatertib, tatacara
Pra-
Prasejarah, prasekolah, prasangka
Sub-
Subjek, subsistem, subkelas
Supra-
Supranasional, suprakelas
Eka-
Ekabahasa, ekawarna
Dwi-
Dwibahasa, dwifungsi

ii.            Awalan kata kerja
Me-
Melawan, menyikat, merasa
Mem-
Membawa, memfitnah
Men-
Mendaki, mencadang, mentadbir
Meng-
Menggali, mengikut
Menge-
Mengecat, mengetut
Memper-
Memperisteri, memperhamba
Ber-
Berjalan, berganti
Be-
Beraja, berasa
Bel-
Belajar
Ter-
Terjebak,terbentuk
di-
Diatur, ditimbang
Diper-
Diperisteri, dipercepat

iii.           Awalan kata adjektif
Ter-
Terbesar, terhebat
te-
Teruncing, teringan
Se-
Secantik, sebaya


2.    Kata terbitan berakhiran
Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata terbitan sahaja, seperti yang berikut:
i.              Akhiran kata nama
ii.            Akhiran kata kerja

i.              Akhiran kata nama
-an
Pakaian, jahitan
-wan
Sasterawan, angkasawan
-man
Budiman, seniman
-wati
Seniwati, olahragawati
-isme
Sosialisme,nasionalisme
-in
Hadirin, muslimin
-at
Hadirat, muslimat
-ah
Ustazah, sultanah

ii.            Akhiran kata kerja
-kan
Buatkan, gunkan
-i
Turuti, duduki

3.    Kata terbitan berapitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti yang disenaraikan berikut:
i.              Apitan kata nama
ii.            Apitan kata kerja
iii.           Apitan kata adjektif

i.              Apitan kata nama
Pe-…-an
Perlaksanaan, perasaan
Pem-…-an
Pembuatan, pembinaan
Pen-…-an
Pentakfiran, pendapatan
Peng-…-an
Penggunaan, pengkhayalan
Penge-…-an
Pengehadan, pengesahan
Pe-…an
Pesisiran, peperangan
Per-…-an
Persalinan, perkuburan
Pel-…-an
Pelajaran
Ke-…-an
Kelainan, kelebihan

ii.            Apitan kata kerja                       
Me-…-kan
Memainkan, melukakan
Men-…-kan
Mendermakan, menzahirkan
Mem-…-kan
Membaharukan, membaikkan
Meng-…-kan
Menggunakan, menghiraukan
menge-…-kan
Mengecamkan, mengetinkan
Ber-…-kan
Beralaskan, berlaukkan
Ber-…-an
Berlanjutan, bermaafan
di-…-kan
Dibiarkan, digunakan
Me-…-i
Melalui, memasuki
Mem-…-i
Membaharui, mempercayai
Meng-…-i
Menganggotai, mengekori
di-…-i
Didekati, dimulai
Diper-…-i
Diperingati, diperbaharui
Memper-…-i
Memperingati, mempercayai
Memper-…-kan
Memperjuangkan, memperlihatkan
Ke-…-an
Kehujanan, kehausan


iii.           Apitan kata adjektif
Ke-…-an
Kearaban, kecinaan

4.    Kata terbitan bersisipan
Bentuk sisipan tidak, produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan, dengan maksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta.
Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam:
i.              Kata nama
ii.            Kata adjektif
iii.           Kata kerja

i.              Sisipan kata nama
-el-
Telunjuk, kelabut
-er-
Keruping, seruling

ii.            Sisipan kata adjektif
-el-
Kelebak, selerak
-er-
Gerodak
-em-
Gemilang, semerbak
-in-
Sinambung

iii.           Sisipan kata kerja
-el-
Jelajah, gelegak

(III) BENTUK KATA MAJMUK
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dan kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus.
Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dibahagikan kepada 3 kelompok, seperti yang berikut:
1.    Kata majmuk rangkai kata bebas
Contoh: gambar rajah, jalan raya

2.    Kata majmuk istilah khusus
Contoh: kanta tangan, telefon dail terus

3.    Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan
Contoh: kaki ayam, makan angin
Penggandaan kata majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja, contohnya:
Balai-balai raya, Menteri-Menteri Besar
Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya:
Pesuruhjaya-pesuruhjaya, setiausaha-setiausaha


(IV) BENTUK KATA GANDA
Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu:
Dalam bahasa Melayu terdapat juga jenis penggandaan, iaitu:
1.    Penggandaan penuh
Contoh: cantik-cantik, jalan-jalan

2.    Penggandaan separa
Contoh: sesiku, jejari

3.    Penggandaan berentak
i.              Penggandaan berentak pengulangan vokal
Contoh: lauk-pauk, kuih-muih

ii.            Penggandaan berentak pengulangan konsonan
Contoh: gopoh-gapah, huru-hara

iii.           Penggandaan berentak bebas
Contoh: ipar-duai, lintang-pukang






Tiada ulasan:

Catat Ulasan