ASAL
USUL BAHASA MELAYU
Apabila
kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal
bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah
kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat penggunanya dan pengguna
bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya
dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka
kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.
Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.
Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.

Berasal dari Asia Tengah
R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan
menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah
membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien,
Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau
menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak
yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern
berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke
Kepulauan Melayu ini (lihat peta pada Lampiran 1).
J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.
W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.
J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam suku Naga di Assam (di daerah Burma dan Tibet). Persamaan adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia. G.K. Nieman dan R.M. Clark yang juga membuat kajian mereka berdasarkan adat resam dan bahasa mendapati bahawa daratan Asia merupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.
Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana dan Asmah Haji Omar juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

(a)
Orang Negrito
Menurut
pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku,
Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai
sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang
tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang
Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka
tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan
mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan.
Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan
Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito,
Sakai, Semai, dan sebagainya.
(b)
Melayu-Proto
Berdasarkan
pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah,
perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini
kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih
maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat
alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan
mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman
Batu Baru.
(c)
Melayu-Deutro
Perpindahan
penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan
berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai
peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal
kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian
daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi
pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.
Kedatangan orang Melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu-Proto ke pedalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah-randah. Berlainan dengan Melayu-Proto, Melayu-Deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Mereka yang tinggal di tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.